Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md. Isa berkata, pasukan tersebut daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

“Keterangan pembantu rumah terbabit adalah bagi membantu siasatan terhadap laporan-laporan polis yang dibuat beliau (Najib) sebelum ini.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh dedahkan dahulu mengenainya kerana masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, kira-kira enam pegawai dan anggota polis dilihat memasuki kediaman bekas pemimpin tersebut pagi tadi.

Semalam, media melaporkan Najib sudah dipanggil sekali lagi oleh polis untuk memberi keterangan berkaitan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata Najib dipanggil memberi keterangan beberapa hari lalu. - UTUSAN ONLINE