Pada masa sama menurut beliau, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai alasan untuk mengelak daripada menjawab tiga soalan yang dikemukakan sebelum ini mengenai kehila­ngan wang tersebut.

“Datuk Seri Najib enggan menjawab tentang pengli­batan beliau sebagai (bekas) Menteri Kewangan dalam masalah ini dengan mengatakan bahawa saya harus membuat laporan polis.

“Kerjasama penuh dengan­ pihak polis menunjukkan ke­rajaan baharu mahu kebenaran didedahkan dalam skandal ini,” katanya dalam kenyataan di sini,hari ini.

Kelmarin, Najib mencabar Guan Eng membuat laporan polis berhubung dakwaan RM19 bilion wang bayaran balik GST ‘dirompak’ kerajaan Barisan Nasional (BN).