Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan serta muat naik gambar pokok tersebut di akaun Facebook dan Twitternya hari ini.

“Sesuai dengan namanya, saya diberitahu pokok ini telah ditanam pada tahun 1957, tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

“Saya mahu pokok ini terus dipelihara dan dikekalkan. Kita harus pastikan pembangunan yang kita laksanakan mesra alam sekitar dan diintegrasikan secara seimbang, tanpa menjejaskan alam semula jadi kita. Insya-Allah, pokok ini bakal menjadi lambang kepada visi TRX, membentuk ‘green lung’ Kuala Lumpur yang baru,” catatnya dalam kedua-dua akaun sosialnya.

Terdahulu, beliau meninjau perkembangan projek pembangunan TRX yang terletak di Jalan Tun Razak di sini, dan meluahkan rasa puas hati kerana projek hartanah itu berjalan seperti yang dijadualkan.

Katanya, banyak institusi kewangan yang berminat dengan projek ini kerana TRX akan menjadi pusat perniagaan masa hadapan di Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE