Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk V. Valluvan berkata, perkara termaktub dalam undang-undang di bawah Kaedah 17 A, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Kalau letak di depan dan pemandu terlalu asyik dengan aplikasi tersebut, itu tidak betul.

“Undang-undang tidak menyatakan Pokemon Go, Waze atau apa-apa aplikasi. Tetapi disebut bahawa pemandu mesti mempunyai kawalan terhadap kenderaan dan keduanya tidak boleh menggunakan telefon bimbit,” katanya. - UTUSAN ONLINE



Video oleh RAFIE AZIMI