Sheikh Ahmad Dusuki
Sheikh Ahmad Dusuki

Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, berdasarkan kepada maklumat yang diterima, terdapat tiga pakar bedah jantung telah menamatkan perkhidmatan pada tahun lalu dan sehingga kini hanya ada sepuluh orang pakar sahaja di seluruh negara.

Menurutnya, risiko penutupan Unit Kardiotorasik HRPZ II dilihat sangat tinggi dan berkemungkinan besar Kardiotorasik Zon Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan akan disatukan ekoran kekurangan pakar.

"Kita bimbang penutupan Unit Kardiotorasik akan menjadi lebih mudah kerana ianya di bawah tanggungan Jabatan Pembedahan HRPZ II.

"Jadi POKB mencadangkan Kementerian Kesihatan supaya segera menukar status Unit Kardiotorasik kepada Jabatan Kardiotorasik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE