Menurut PNB, sumbangan itu akan dilanjutkan kepada sebuah pusat hemodialisis di bawah hospital kerajaan bagi setiap negeri secara berperingkat.

“PNB juga telah membuat sumbangan yang sama untuk menaik taraf pusat hemodialisis di Tapah, Perak pada MSAM tahun lalu,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cek sumbangan itu telah di­sampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Ra­zak kepada Pengarah Kesihatan Ne­geri Pahang, Dr. Sha’ari Nga­di­man sempena perasmian MSAM 2017 di sini. Yang turut hadir Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Orang ramai dijemput me­ngun­jungi MSAM 2017 mulai hari ini hingga 25 April di Dataran Temerloh dekat sini bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, kecuali pada 25 April iaitu hari terakhir MSAM 2017 bermula 10 pagi sehingga 2 petang.

MSAM yang dilancarkan sejak 2000 telah menarik lebih 3.3 juta pengunjung dan PNB pada tahun ini menyasarkan penyertaan sehingga 150,000 orang.

MSAM bermatlamat mendidik masyarakat mengenai pelaburan dan kepentingan merancang kewangan, di samping berperanan mendekatkan PNB dan syarikat-syarikat kumpulannya bersama rakyat Malaysia.

Menerusi MSAM, orang ramai berpeluang melihat strategi serta impak pelaburan PNB kepada masyarakat.

Antara pengisian program sepanjang MSAM 2017 adalah Jejak Pelabur Bijak oleh Maybank, Jejak Pelabur Cilik oleh I&P Group, CCM Interschool Showdown All-Star, Simposium Usahawan PNB-MIDF, MNRB Ringgit Savvy, Pertandingan Cendekia­wan Muda oleh Takaful Ikhlas, Seminar Khas Kewangan ASNB, Santai Labur [email protected], Hibur Labur Bersama PNB dan pertan­dingan mewarna.