Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PNB sasar 150,000 pengunjung ke MSAM 2016 di Tapah

logo minggu saham amanah malaysia 2016
Logo Minggu Saham Amanah Malaysia 2016

MANJUNG 17 April - Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyasarkan kehadiran 150,000 pengunjung ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 yang akan diadakan selama sembilan hari di Stadium Mini Tapah bermula Rabu ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, agenda 'merakyatkan pelaburan' menerusi MSAM bertujuan menjadikan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang sebagai masyarakat celik pelaburan dan kewangan.

Katanya, di samping memberi pendedahan tentang pelaburan unit amanah dan perancangan kewangan berkesan, menerusi MSAM 2016 itu juga masyarakat berpeluang mengenali PNB dan syarikat-syarikat kumpulannya.

"Justeru, MSAM dibawa sekali lagi menjelajah ke serata negeri bagi pusingan kedua di bandar-bandar kecil pula," katanya ketika berucap pada majlis penutupan MSAM 2016 Sime Darby Walk di sini, hari ini. 

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melepaskan larian beramai-ramai yang disertai 10,000 peserta membabitkan jarak 5.5km.

Hamad Kama Piah berkata, MSAM 2016 di Tapah akan disertai 50 pempamer dan akan dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti Jejak Pelabur Bijak Maybank, Jejak Pelabur Cilik I(amp)P, Kembara UMW, CCM Interschool Showdown, Simposium Usahawan PNB-MIDF, MNRB Ringgit Savvy, Cendekiawan Muda Takaful Ikhlas, Seminar Khas Kewangan ASNB, Santai Labur dan Hibur Labur Bersama PNB. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain