KUALA LUMPUR, 9 Januari 2017- Pengerusi Kumpulan, Permodalan Nasional
ABDUL WAHID OMAR

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, berikutan itu, pi­haknya sedang giat meneruskan pelan strategik bermula tahun ini hingga 2022.

“Perkembangan ini memberikan kami semangat untuk meneruskan pelan strategik bagi menjadikan PNB sebagai sebuah firma pelaburan bertaraf dunia.

“Harapan kami juga, satu hari nanti semua rakyat Malaysia mempunyai akaun pelaburan di PNB,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.

Menurut Abdul Wahid, pelan strategik yang dilaksanakan PNB melibatkan 15 inisiatif di bawah tiga teras utama iaitu meningkatkan pulangan mampan, pengurusan dana berkesan dan memacu kecemerlangan operasi.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai firma pengurusan kewangan terbesar di negara ini, PNB kini mengurus lebih 216 bilion unit saham amanah dalam edaran milik lebih 13 juta pemegang akaun.

Katanya, dengan mengambil kira dana proprietari, aset di bawah pengurusan PNB mencecah RM266.5 bilion berbanding RM158.3 bilion pada 2010.

“Sebahagian besar dana yang dimiliki PNB kini dilaburkan dalam syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia termasuk enam syarikat strategik PNB iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Sime Darby Berhad," ujar beliau.

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran MSAM sejak 2000 dapat memberikan manfaat besar kepada masyarakat khususnya berkaitan dengan aspek pelaburan.