Beliau tiba di kediaman kakak Allahyarham dekat Taman Rashidah Utama, Paroi di kira-kira pukul 10.20 pagi dan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 20 minit mengaminkan doa dan menemui ahli keluarga Allahyarham.

Ishak meninggal dunia kira-kira pukul 11.25 malam tadi selepas rebah ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran ADUN Seri Menanti, Datuk Abd. Samad Ibrahim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Tanjong Ipoh dekat Kuala Pilah.

Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah tetapi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.25 malam.

Jenazah Ishak dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai selepas solat Zuhur hari ini. - UTUSAN ONLINE