Perdana Menteri yakin penambahan itu akan dapat membantu mencapai sasaran tujuh peratus pelajar India di universiti awam.


Penambahan itu menjadikan keseluruhan 2,200 pengambilan dibuat ke kolej matrikulasi tahun ini. 


“Ini bukan janji kosong tetapi saya sebagai pemimpin, saya suka tepati janji,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Skim Pelaburan Amanah Saham 1Malaysia di sini hari ini.


Yang turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K. Devamany dan Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajh.


Data terkini menunjukkan bahawa kaum India mewakili hanya 5.6 peratus di universiti awam di negara ini. UTUSAN ONLINE