"Takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Mexico yang terjejas akibat gempa bumi ini," katanya dalam catatan terkini Twitter hari ini.

Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan tengah Mexico pada Selasa, mengorbankan sekurang-kurangnya 250 orang manakala beribu-ribu orang lagi cedera.

Gempa bumi itu berlaku pada ulang tahun gempa bumi 1985, yang mengorbankan beribu-ribu orang dan membinasakan sebahagian besar Mexico City, dengan acara memper­ingati tragedi itu diadakan oleh Presiden Enrique, Pena Nieto sebelum berlakunya gempa.

Kerajaan persekutuan meng­isytiharkan bencana di Mexico City dan menugaskan 3,428 anggota tentera ke kawasan terjejas serta beberapa negeri berhampiran. – BERNAMA