“Terima berita Ahmad Azram, anakanda kepada Datuk Dr. Awang Adek Hussin telah pulang ke rahmatullah hari ini. Takziah kepada keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan, saya doakan roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Twitter miliknya hari ini.

Allahyarham Ahmad Azram, 33, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Tropicana Utama, Petaling Jaya malam tadi.

Ahmad Azram yang masih bujang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.40 malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini. -UTUSAN ONLINE