Perdana Menteri mengingatkan setiap murid tidak melupakan pengorbanan dan jasa uba bapa dan guru-guru yang banyak membantu bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

“Untuk semua anak-anak yang ambil keputusan UPSR hari ini, tahniah. Tidak kira apa keputusan anda.

“Jangan lupa ucap terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang banyak membantu,” katanya Perdana Menteri menerusi Twitternya.

Seramai 443,794 orang pelajar Tahun Enam mengambil UPSR tahun ini.

Keputusan UPSR tahun ini merupakan satu daripada empat komponen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang akan diumumkan hari ini.

Berbeza daripada tahun sebelum ini yang mana hanya keputusan UPSR yang menjadi tumpuan, PPSR akan turut melibatkan tiga komponen penting lain iaitu pentaksiran bilik darjah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. - UTUSAN ONLINE