Ucapan itu disampaikan oleh Perdana Menteri menerusi akaun Twitter beliau, selepas pemain pelapis negara tersebut menumpaskan pemain China, Bai Yupeng 21-6, 20-22, 21-17 pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Jaya Raya, Jakarta.

“Tahniah kepada Jun Hao di atas kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Asia,” ucap Najib.

Jun Hao diletakkan sebagai pilihan keenam dan kali terakhir pemain negara muncul juara di kejohanan itu adalah melalui Soo Teck Zhi, empat tahun lalu.

Kemenangan tersebut menjadikannya atlet ketiga merangkul kejuaraan selepas Zulfadli Zulkiffli menjadi juara pada 2011 dan Soo Teck Zhi, 2013. - UTUSAN ONLINE