“Tahniah Mohd Azroy Hazalwafie, hebat atlet angkat berat Malaysia yang raih pingat emas pertama untuk Malaysia !,” katanya menerusi akaun Twitter di sini hari ini.

Mohd. Azroy merangkul pingat emas selepas berjaya memecah rekod Sukan Komanwel dengan angkatan 117 kilogram bagi acara snatch 56 kilogram, mengatasi rekod yang dilakukan Amirul Hamizan Ibrahim iaitu 116 kilogram pada  temasya yang sama di New Delhi 2010.

Bagi kategori clean & jerk, Mohd. Azroy Hazalwafie membuat angkatan seberat 144 kilogram, seterusnya mengumpul angkatan keseluruhan 261 kilogram untuk melayakkannya meraih emas.

Angkatan 261 kilogram itu sekali gus memecahkan rekod kejohanan 260 kilogram yang dilakukan oleh jurulatihnya, Amirul Hamizan Ibrahim pada 2002 di Manchester, England. -UTUSAN ONLINE