Perdana Menteri yang nyata berbangga dengan kejayaan cemerlang itu mengucapkan tahniah kepada pelumba berasal dari Dungun, Terengganu tersebut yang terkenal dengan jolokan nama The Pocket Rocket Man.

“Juara Dunia Keirin 2017, #PocketRocketMan ! Tahniah Azizulhasni Awang menang Kejohanan Track Berbasikal di Hong Kong! #Kebanggaanku #Negaraku,” katanya menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Azizulhasni semalam menamatkan penantiannya selama 10 tahun untuk meraih pingat emas kejohanan dunia dengan mengalahkan pelumba dari Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata 0.382 saat di belakangnya. Tomas Babek dari Republik Czech pula menduduki tempat ketiga (+0.417 saat).-UTUSAN ONLINE