Perdana Menteri berkata, kemenangan ini telah mengharumkan nama dan membanggakan negara.

“Tahniah kepada pemain piano muda, Andrew Kuik kerana memenangi Festival Kesenian Asia Pasifik dan juga Festival Kesenian Belia Antarabangsa Hong Kong ke-5. Kamu sememangnya menjadikan Malaysia berbangga,” katanya menerusi laman Twitter di sini hari ini.

Andrew memenangi kesemua kejuaraan yang dipertandingkan dengan mencatatkan skor tertinggi dalam kategori muzik menewaskan lebih 200 peserta pada Festival Kesenian Asia Pasifik, 27 Januari lalu.

Kemudiannya dia terbang ke Hong Kong pada hari yang sama untuk menyertai pertandingan Festival Kesenian Belia Antarabangsa Hong Kong ke-5 pada 28 Januari dan memenangi kategori terbuka (18-25 tahun) dan kategori kanak-kanak Kumpulan B. - UTUSAN ONLINE