Menurut Perdana Menteri, meskipun berada di Australia, beliau akan terus memberi sokongan kepada Hafizh, yang pernah mendapat jolokan King of Pocket Bikers dan el-pescao.

“Selamat maju jaya @Hafizh_pescao55 yang akan bersaing dalam #MotoGP Qatar malam ini ! Saya di Australia tapi akan terus beri sokongan ! #NegarakuKebanggaanku,” katanya menerusi Twitter miliknya, hari ini.

Sejak menyertai pasukan MotoGP, Monster Yamaha Tech 3, Hafizh menjadi perhatian ramai peminat sukan pemotoran antarabangsa itu apabila menjadi penunggang pertama dari Asia Tenggara dalam saingan kelas utama untuk musim ini.

Hafizh mencatatkan masa sepusingan terpantas 1 minit 55.258 saat pada sesi kelayakan untuk memulakan perlumbaan pertamanya dari barisan kelima. - UTUSAN ONLINE