Perdana Menteri menerusi akaun Twitter beliau berharap semua murid kekal bersemangat menuntut ilmu sepanjang tahun 2018.

“Selamat kembali ke sekolah buat para murid dan guru di beberapa negeri yang akan mulakan sesi persekolahan esok.

“Saya harap persiapan semua dah sedia, dan semoga murid-murid semua kekal bersemangat sepanjang tahun untuk menuntut ilmu,” katanya.