Beliau tiba kira-kira pukul 5 petang dengan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam tinjauan itu, Perdana Menteri beramah mesra dan bersalaman dengan pengunjung serta peniaga dan sempat menyarungkan apron kepada beberapa peniaga.

Beliau turut sempat membeli juadah untuk berbuka puasa antaranya pulut panggang, satar, otak-otak, kek gula hangus, ayam golek, kurma ayam dan ikan sembilang masak rebung.

Beliau sempat mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung bazar Ramadan yang disediakan oleh Kembara Negaraku.

Perdana Menteri akan melancarkan Projek Lampu Jalan Kampung (JLK) Peringkat Negeri Sembilan sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih di Masjid Paroi Jaya. - UTUSAN ONLINE