NAJIB TUN RAZAK dan isterinya, Rosmah Mansor bersama cucu mereka bernama Adam Razak di Kuala Lumpur, semalam.

“Cucu lelaki baharu, Adam Razak! Alhamdulillah, syu­kur kepada Allah SWT, Gina dan bayi kedua-dua­nya berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam status di Twitter rasmi beliau malam tadi.

Anak perempuan beliau iaitu Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Gina melahirkan bayi lelaki tersebut selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Daniyar Kessibayev.