Jemaah haji yang terpilih itu terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara.

Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2011, program yang memasuki tahun kelapan penganjurannya itu telah menghantar seramai 5,711 orang menunaikan ibadah haji.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia mampu menghantar jemaah haji dalam jumlah ramai saban tahun kerana hubungan baik yang dimiliki dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta kerajaan Arab Saudi

“Program ini bermula dengan 111 orang pada tahun 2011 dan tahun ini telah dapat dipertingkatkan kepada 1,200 orang yang terpilih,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan di Masjid Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE