Projek berkenaan yang dijangka siap tahun 2020 itu bakal memberi nafas baharu kepada Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan menjadi pusat pameran dan konvensyen terbesar di di Asia Tenggara apabila digabungkan kelak.

Dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi bukaan lantai kasar, MyExpo mampu menampung 60,000 orang dalam satu masa dan dilengkapi dewan plenari, lapan dewan pameran, 12 dewan bankuasi, empat dewan seminar, dua dewan persidangan dan sembilan bilik mesyuarat.

Projek yang terbahagi kepada dua fasa itu merangkumi pusat pameran lima tingkat, bangunan 23 tingkat termasuk hotel bertaraf 4 bintang selain bakal dilengkapi juga hotel bertaraf 5 bintang, kompleks beli-belah, taman tertutup dan pangsapuri. - UTUSAN ONLINE