Majlis tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof dan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa.

MoU tersebut menandakan usahasama ulung bagi inisiatif Negaraku melibatkan kementerian dalam menyemai semangat cintakan negara melalui ekspresi seni visual dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di negara ini.

Dalam masa sama, ia bertujuan memupuk penghargaan terhadap karya dan bakat seni pada usia yang muda.

Pertandingan Seni Negaraku merupakan pertandingan seni kebangsaan melibatkan sebanyak 10,176 sekolah serta lima juta pelajar seluruh negara yang mana, hasil karya mereka yang terpilih akan dipamerkan di Balai Seni Negara.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. - UTUSAN ONLINE