Majlis perasmian turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Awaludin Said.

UTC yang ke-20 di negara ini terletak di Jalan Seremban-Kuala Pilah beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Bangunan tiga tingkat itu menempatkan 18 agensi kerajaan dan swasta antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Agensi lain ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Lembaga Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kementerian Belia dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE