Beliau ketika berucap pada program itu meminta semua pengendali syarikat koperasi di seluruh negara mewujudkan sistem penilaian bagi memberi galakan kepada semua koperasi seterusnya berjaya dalam peluang perniagaan.

"Setiap tahun saya sebagai Perdana Menteri akan membuat penilaian semua menteri berdasarkan 'report card' mereka dua kali setahun.

"Koperasi juga perlu mewujudkan sistem penilaian di mana kita bahagikan koperasi itu mengikut peringkat atau 'tier' dan koperasi di peringkat pertama akan menerima insentif lebih daripada kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara 2018 sebentar tadi.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah. - UTUSAN ONLINE