Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PM
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) beramah mesra dengan salah seorang pesakit yang menjalani pemulihan di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)Tun Abdul Razak (PRPTAR) di Bandar Hijau, Ayer Keroh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR

MELAKA 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Tun Abdul Razak (PRPTAR) di Bandar Hijau, Ayer Keroh di sini.

Perdana Menteri berkata, penukaran nama Pusat Rehabilitisai Perkeso kepada PRPTAR yang dicadangkan Kementerian Sumber Manusia adalah amat bersesuaian kerana pusat rehabilitasi itu dan merupakan antara pencapaian terbaik Perkeso sejak ditubuhkan pada 1 Januari 1971.

“Pusat ini juga merupakan satu-satunya pusat rehabilitasi di Malaysia dan di Asia Tenggara yang mengintegrasikan rehabilitasi perubatan dan vokasional.

“Pendekatan rehabilitasi seperti ini yang menawarkan perkhidmatan pemulihan pelbagai disiplin dapat mengoptimumkan tahap pemulihan pesakit agar mereka kembali bekerja dengan cepat, menjana pendapatan dan tidak jatuh dalam lembah kemiskinan akibat tiada pekerjaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian PRPTAR.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain