Perdana Menteri turut menyempurnakan majlis pelancaran kempen tersebut yang bertujuan mempromosikan buah-buahan tempatan kepada masyarakat.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalannya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Sebanyak tiga tan durian terdiri daripada pelbagai jenis antaranya Musang King, Udang Merah dan pelbagai produk lain berasaskan durian seperti ais krim dihidangkan kepada orang ramai.

Buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, manggis dan cempedak turut dihidangkan. - UTUSAN ONLINE