Pembinaan kabel berkenaan yang diluluskan peruntukannya pada 2012, siap sepenuhnya selepas 18 bulan dan telah memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 orang penduduk di pulau tersebut.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Lawatan Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Perasmian Kabel Dasar Laut Melalui Sistem Grid Kebangsaan di Pulau Tuba di sini, hari ini.

Lawatan itu adalah kali kedua beliau sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, penduduk di situ terpaksa menggunakan jana kuasa untuk mendapatkan elektrik namun bekalannya tidak stabil.

Dalam majlis sama Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM700,000 menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di atas pelbagai projek rakyat.

Projek berkenaan adalah pembinaan sebuah jeti di Tanjung Piandang di sini melibatkan peruntukan sejumlah RM600,000, pendawaian semula 30 buah rumah (RM60,000) dan pembinaan 38 tiang lampu jalan.

Selain daripada itu kerajaan turut meluluskan pembaikan rumah rakyat berjumlah RM800,000 dan pembinaan sebuah mini stadium yang akan diumumkan dalam Bajet 2018. - UTUSAN ONLINE