Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Laluan sepanjang 24 kilometer bermula dari Stesen Semantan ke Stesen Sungai Buloh itu dijadualkan mula beroperasi esok.

Sistem pengangkutan awam yang dianggap antara paling moden di dunia itu merupakan yang pertama dilaksanakan di negara ini. - UTUSAN ONLINE