Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Perdana Menteri mengadakan lawatan selama satu jam setengah, meninjau pembangunan di sekitar pangkalan udara itu hari ini.

Najib diiringi Hishammuddin, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Beliau secara peribadi cukup berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Sebelum ini Perdana Menteri sering menjadi sasaran serangan tidak berasas pihak tertentu (mengenainya).

"Bila Perdana Menteri melihat sendiri (pembangunan pangkalan udara Sendayan) hari ini, ia berbaloi untuk berdepan dengan kritikan yang dilemparkan. Bagi pihak Perdana Menteri, saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam pembangunan ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program lawatan perdana menteri ke Pangkalan Udara Sendayan di sini. - BERNAMA