“Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang telah diisytiharkan sebagai Sultan Kedah ke-29 hari ini.

“Semoga Kedah Darul Aman semakin maju serta dilimpahi rahmat Allah SWT. Daulat Tuanku,” kata Perdana Menteri menerusi Facebook, hari ini.

Pengisytiharan itu dibuat setelah kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam.

Pengumuman pengisytiharan pelantikan itu dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sejurus sebelum jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim dibawa keluar untuk istiadat pemakaman.

Pemilihan raja pemerintah baharu ditentukan menerusi Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja setelah kemangkatan Sultan Kedah.

Tunku Sallehuddin menggantikan Raja Muda Kedah sebelum ini, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, yang mangkat pada 29 November 2015 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akibat kegeringan.

Tunku Sallehuddin, 75, adalah juga adinda Tuanku Abdul Halim. - UTUSAN ONLINE

Habis ///