Beliau yang tiba kira-kira pukul 3.40 petang diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John.

MSCRIC yang diterajui The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. (Holstein) berjaya mentransformasikan industri perniagaan tani dengan menghasilkan kira-kira 2.56 juta liter susu segar setahun. - UTUSAN ONLINE