Kumpulan ekspedisi yang terdiri daripada Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin serta dua ikon sukan lasak negara, Mohd. Irwan Yusoff Abdullah serta Shahrom Abdullah itu akan bertolak ke Oslo, Norway pada 4 April dan memulakan jelajah ke Kutub Utara pada 13 April.

Dalam majlis yang diadakan hari ini, Perdana Menteri menitipkan kata-kata semangat kepada kumpulan ekspedisi untuk sentiasa cekal bagi mengharumkan nama negara.

“Saya berharap usaha ini akan menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia terutamanya orang muda untuk mempunyai cita-cita besar dalam kehidupan dan tidak mudah menyerah kalah,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Hadir sama, Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd. Yusuf.

Berdasarkan perancangan, Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 akan membabitkan perjalanan berski sejauh 111 kilometer yang memakan masa selama 11 hari bermula dari Stesen Barneo ke Titik Kosong Darjah Kutub Utara. - UTUSAN ONLINE