Menurut Perdana Menteri,  Blueprint 2.0 itu mengandungi 80 projek pembangunan di empat negeri wilayah utara dan merangkumi tiga kategori projek iaitu Nod Pertumbuhan, projek Merentasi Sempadan dan projek Berimpak Tinggi Setempat.


“Projek-projek yang dirancang itu bertujuan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi serta mewujudkan kesan limpahan yang akan merangsang industri dan perniagaan tenpatan di rantau ini,” katanya ketika melancarkan Blueprint 2.0 di Pusat Konvensyen Setia City, Bayan Lepas di sini. - UTUSAN ONLINE