Perdana Menteri yang tiba di kawasan pembinaan itu yang terletak di Jalan Sungai Besi kira-kira pukul 12.10 tengah hari, disambut oleh Pengerusi MRT Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Tan Sri Ali Hamsa yang juga Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Azharuddin Mat Sah.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan mesin pengorek terowong (TBM) pertama yang akan digunakan untuk projek tersebut.

TBM yang pertama daripada 12 unit mesin itu akan digunakan untuk pembinaan laluan SSP. - UTUSAN ONLINE