Objektif  Felda 2.O adalah merancakkan aktiviti keusahawanan di kawasan rancangan dan melatih jaguh tempatan dalam pelbagai bidang.

Ia juga bagi menyusun ekonomi supaya kurang kebergantungan kepada pertanian, memastikan 30 peratus daripada generasi baharu kekal di tanah rancangan dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi iaitu sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Di samping itu, objektif Felda 2.0 untuk menjadikan kawasan Felda sebagai tempat tumpuan masyarakat luar.

Yang hadir sama pada majlis itu Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim; Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai. - UTUSAN ONLINE