Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan berkata, Ekspresi Negaraku adalah platform untuk mengge­rakkan inisiatif Negaraku bagi memupuk semangat kasih dan bangga terhadap negara.

Sejajar dengan itu, orang ramai dijemput untuk bersama-sama meluahkan semangat cintakan negara melalui pelbagai aktiviti yang diadakan sempena pelancaran Ekspresi Negaraku itu.

“Ia acara yang meriah dan sesuai untuk seisi keluarga, penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan inte­raktif, diinspirasikan oleh kejayaan dan kemajuan yang kita telah kecapi sebagai sebuah negara.

“Sempena majlis pelancaran itu, konsert Ekspresi Negaraku turut diadakan pada sebelah malam dengan menampilkan artis-artis ternama se­perti Amy Search, Ella dan Bunkface,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, antara aktiviti menarik diadakan dari pukul 7 pagi hingga 11 malam esok termasuklah larian bendera Negaraku dan senamrobik.

Di samping itu, orang ramai juga boleh mengikuti kisah hidup individu-individu yang telah menyumbang kepada negara melalui cerita-cerita kejayaan mereka di Zon Kebanggaan dan Kecintaan.

Terdapat juga Zon Aspirasi yang mana pengunjung diberi peluang berkongsi harapan dan aspirasi mereka untuk masa depan negara.