Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PM lancar buku ‘Asal-usul Melayu Induknya di Benua Melayu Sunda’

Najib Tun Razak menerima buku Asal Usul Melayu Induknya Di Benua Sunda daripada Naib Canselor Univer
Najib Tun Razak menerima buku Asal Usul Melayu Induknya Di Benua Sunda daripada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran (dua dari kanan) dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 di Dewan Tun Razak 1, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Ahmad Zahid Hamidi dan Hishamuddin Tun Hussien. – Utusa n/Mohd Farizwan Hasbullah

KUALA LUMPUR 16 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan buku berjudul ‘Asal-usul Melayu Induknya di Benua Melayu Sunda’ pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017.

Buku tersebut merupakan hasil tulisan tiga penyelidik iaitu Pakar Antropologi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh; Pakar Arkeo­logi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman bersama penyelidik sejarah dan penulis daripada Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman.

Buku jilid 1 berkenaan merupakan antara siri dalam keluaran tujuh jilid Sejarah Tamadun Alam Melayu yang membentangkan beberapa idea dan dapatan terbaharu dalam penyelidikan ilmiah supaya Melayu dapat mengenali identiti mereka sebenar, menimba ilmu dan membuka minda sekali gus dapat keluar dari kepompong keraguan.

Ia dijangka mencetuskan polemik berpanjangan dan menarik minat mereka yang ingin menge­tahui secara lebih mendalam tentang perkembangan tamadun di alam Melayu serta mengenai penghuni asalnya.

Menurut satu kenyataan, Zaharah telah menghabiskan masa selama tujuh tahun mengumpul bahan, meneliti dan membuat rujukan bandingan lebih 1,000 sumber penyelidikan daripada tokoh-tokoh penyelidik dan pakar genetik genom manusia yang diselenggara oleh ratusan universiti seluruh dunia.

Melalui kajian tersebut, kata kenyataan itu, ia dapat menghapuskan kecelaruan, keraguan dan kesangsian yang diwacanakan oleh bangsa asing mengenai kewujudan bangsa Melayu serta mengukuhkan fakta bahawa pribumi Melayu teras telah pun wujud puluhan ribu tahun lamanya di alam Melayu ini.

“Kira-kira 20 tahun lalu, Dr. Wan Hashim dan Dr. Nik Hassan Suhaimi telah mengemukakan dapatan kajian mereka yang menolak teori besar bahawa bangsa Melayu berasal dari Wilayah Yunnan atau selatan China.

“Daripada kajian penyelidik arkeologi terkemuka dunia telah menyimpulkan penemuan terbaharunya bahawa benua Melayu Sunda adalah tapak permulaan tamadun awal manusia, ‘kolam pembenihan etnik’ dan pembentukan bangsa Melayu induk dan suku-suku kaumnya dalam evolusi puluhan ribu tahun,” kata kenyataan itu, di sini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain