Beliau berkata, laporan IMF itu sekali lagi telah meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

“Laporan IMF sekali lagi meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk capai status negara maju berpendapatan tinggi dan memuji daya tahan dan prestasi kukuh ekonomi kita.

“Dasar ekonomi kita berkesan dan akan terus memacu kita kepada kejayaan!,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya di sini hari ini.

IMF dalam laporan tahunannya terhadap ekonomi Malaysia menyifatkan negara ini berada di landasan tepat bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Pencapaian itu menurut IMF, selaras dengan prestasi kukuh dengan pertumbuhan tinggi pada tahun 2017 dan 2018.

Ketua Pasukan IMF di Malaysia, Nada Choueiri berkata, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan itu didorong oleh permintaan global kukuh terhadap sektor elektronik serta terma perdagangan yang lebih baik bagi komoditi seperti minyak dan gas. -UTUSAN ONLINE