Beliau berkata, lawatan ini sebagai tanda sokongannya terhadap inisiatif tersebut.

Selain itu, katanya, secara prinsip, Malaysia mendapati China masih rakan dagang terbesar.

”China adalah pelabur terbesar di Malaysia. Jadi, adalah menjadi dasar kita untuk mengekalkan dan memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary, Taman Tasik Perdana, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. -UTUSAN ONLINE