Perdana Menteri berkata, isu tersebut melibatkan tanggungjawab di bawah Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya bidang kuasa Kerajaan Pusat.

"Sehubungan itu, kita (Kerajaan Pusat) akan berbincang dengan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah ini.

"Saya akan menyelesaikan masalah ini dengan segera," katanya dalam sidang akhbar selepas bertemu dengan kira-kira 220 Orang Asli Gua Musang yang berhimpun di pekarangan Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Terdahulu, lima wakil Orang Asli Gua Musang mengadakan pertemuan bersama Dr. Mahathir di Pejabat Perdana Menteri.

Ketika mengadakan bertemu dengan Orang Asli berkenaan, Dr. Mahathir sempat berkata, beliau akan berbincang dengan pihak terlibat berhubung perkara itu.

"Setakat mana boleh tolong, saya tolong," katanya. - UTUSAN ONLINE