Dr. Mahathir berkata, Erdogan berhasrat untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan lebih lanjut berhubung isu tersebut.

“Kalau mesyuarat itu buat awal, saya mungkin tidak boleh sertai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir lagi, Malaysia telah menyatakan pendirian negara mengutuk kekerasan dilakukan Israel kepada rakyat Palestin. - UTUSAN ONLINE