Ketibaan Najib pada pukul 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dann Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Moha­med Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. 


Najib ketika berucap berkata, jasa wirawan-wirawan pasukan keselamatan perlu dikenang pada setiap masa kerana pengorbanan mereka selama ini membolehkan negara berdaya maju sehingga ke tahap kini.


“Adalah wajib bagi kita untuk sentiasa mengiktiraf dan mengenang jasa pengorbanan pahlawan kerana tanpa mereka, tidak mungkin keamanan dan keselamatan dapat kita nikmati kini,” katanya. - UTUSAN ONLINE