Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tiba dengan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy pada pukul 9.10 malam.

Majlis turut dihadiri Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan kira-kira 7,000 penduduk.

Terdahulu, Dr. Mahathir meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat Pusat Jagaan Kanak-Kanak Vivekananda di sini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu turut menyampaikan sumbangan kepada lebih 40 penghuni pusat itu berusia lima hingga 18 tahun yang terdiri daripada golongan miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal. - UTUSAN ONLINE