Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PM hadir Malam Wartawan Malaysia MPI-Petronas 2017

MPI
Wartawan Utusan Malaysia yang memenangi anugeah Hadiah Kewartawanan Malaysia (MPI) PETRONAS 2016 di Hotel Shangri-la di sini, hari ini. (Dari kiri) Pemenang Kategori Kartun Editorial Terbaik, Kamarul Khazim Sulaiman, Pemenang Kategori Penulisan Rencana Cemerlang, Laupa Junus, Pemenang Hadiah Wartawan Muda A.Samad Ismail, Maszureen Hadzman dan Pemenang Kategori Laporan Berita Cemerlang, Mohammad Yasir Jaafar bersama Zulkiflee Bakar.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Malam Wartawan Malaysia 2017 (MWN 2017) anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas di sebuah hotel di sini, malam ini.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada perhimpunan terbesar komuniti kewartawanan Malaysia itu pada  8.45 malam.    

Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab serta ketua-ketua pengarang media utama di negara ini.    

MWM 2017 menyaksikan 291 penyertaan bagi 20 kategori dipertandingkan bagi merebut Hadiah Kewartawanan Malaysia 2016.

Pemenang bagi setiap kategori akan menerima wang tunai RM10,000, sijil dan trofi manakala karya terbaik akan dinobatkan sebagai penerima Hadiah Kajai dengan ganjaran wang tunai RM30,000, sijil, trofi dan hadiah iringan lain.    

Buat pertama kalinya, MWM 2017 akan menyampaikan anugerah Tokoh Media kepada individu yang memberi sumbangan kepada industri kewartawanan media tanah air.-BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain