Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa serta Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Forum perdana yang bertajuk 'Sayangi Malaysiaku' itu dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Forum itu menampilkan tiga panelis terkenal merangkumi Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh; pendakwah bebas, Ustaz Mohd Elyas Ismail dan pendakwah selebriti, Asyraf Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf serta Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud selaku moderator.

Forum selama satu jam setengah itu turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). - UTUSAN ONLINE