Hadir sama, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Bakti dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Bertemakan Taqwa Membawa Bahagia, forum itu menampilkan tiga ahli panel terkenal, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Izhar Ariff Mohd. Kashim; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin dan ustazah selebriti, Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Zakaria Othman daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak sebagai moderator forum berkenaan.

Forum selama satu jam sete­ngah itu turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Forum itu turut dihadiri beberapa menteri, antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Insan Bakti, Datin Norazlina Awang Had dan Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Puan Sri Rohani Abdullah.

Selain anggota Bakti, turut ha­dir ialah wakil daripada Persatuan Keluarga Polis, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera, Puspanita dan universiti. – BERNAMA