May cuba mempertahankan draf perjanjian Brexit itu sebelum berlaku penentangan di Parlimen apabila dua menteri Kabinet termasuk Setiausaha Brexit, Dominic Raab dan dua timbalan menteri meletak jawatan.

Perdana Menteri menegaskan, cadangan perjanjian keluar daripada EU beliau merupakan perjanjian terbaik yang mampu dimeterai Britain sebelum negara ini keluar daripada Kesatuan Eropah pada 29 Mac dengan beliau memberi amaran alternatif yang tinggal adalah untuk keluar tanpa perjanjian atau tidak keluar daripada blok tersebut.

Sekurang-kurangnya 48 surat tidak percaya daripada ahli Parlimen Konservatif diperlukan untuk mencetuskan undi tidak percaya terhadap pemimpin parti ketika majoriti 315 ahli Parlimen perlu mengundi untuk memastikan May digulingkan. - AFP