PLUS menerusi kenyataan berkata, lanjutan tawaran tersebut dilakukan bagi memastikan para pengguna dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan selamat.

Katanya, lanjutan tempoh penawaran diskaun tol 50 peratus tersebut merangkumi semua transaksi tol kecuali kenderaan kelas dua dan tiga namun tidak melibatkan Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor, Johor.

"PLUS menghargai sokongan berterusan pengguna terhadap perkhidmatan rangkaian lebuh raya kami dan ingin menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri mereka.

"PLUS juga menasihatkan orang ramai memandu agar secara berhemah dan sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta mengikut arahan pihak berkuasa," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE